Search


Perjumpaan dengan Duta Amerika.

B...

  • Share this:


Perjumpaan dengan Duta Amerika.

Bersama Duta Amerika.
.
Semalam, saya sempat bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia turun protes di US Embassy bagi mempertahankan nasib rakan kita di Palestin diatas tindakan Trump yang mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
.
Apabila kami cuba menghantar memorandum semalam ke pihak kedutaan, kami difahamkan duta tiada di pejabat, dan kami semua tidak dapat berjumpa dengan beliau untuk menghantar memorandum terus ke tangan beliau walaupun banyak halangan yang terpaksa kami tempuhi. Saya sendiri mengalami kecederaan pada kaki dan tidak boleh berjalan seperti biasa (dah tak boleh work out for the time being😋😂)
.
And Alhamdulilah pada hari ini, saya diberikan peluang untuk bertemu dengan duta Amerika Syarikat, Kamala Shirin walaupun beliau baru sahaja tiba daripada New York pada pagi ini dan kami sempat bertukar pendapat dan berbincang tentang nasib orang Palestin. Beliau juga mengharapkan yang terbaik buat rakyat Palestin dan berharap tindakan Trump yang dibuat berdasarkan keadaan politik domestik Amerika tidak akan menjurus kepada keganasan.
.
Kami berdua mengharapkan yang terbaik buat rakyat Palestin, dan saya sendiri berharap dan akan sentiasa mempertahankan hak rakyat Palestin.
.
Berhubung dengan kenyataan Dato Seri Jamal Yunos, mengenai saya yang cuba populariti Pemuda UMNO, (boleh baca di link ini ; https://t.co/bZFqzjkMQD ) saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya difahamkan perhimpunan ini bagi menyatakan solidariti kita semua bersama sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira parti politik ataupun kaum. Walaupun begitu, saya tetap bersyukur kerana dapat bertemu empat mata dengan Duta Amerika Syarikat bagi memberikan pandangan mengenai isu ini. Biarlah siapa pun yang nak mengambil kredit diatas penganjuran program ini akan tetapi niat saya hanya ingin bersolidariti bersama-sama rakyat Malaysia diatas isu Palestin.
.
To my fellow muslims,
please don’t fall into the trap set by those who seek to label us as terrorists by resorting to violence as a means to achieve a legitimate end.
Indiscriminate killings make us no different than them.
Be different. Be better.
.
Ketepikan perbezaan agama,
Perbezaan bangsa mahupun negara
Letakkan isu kemanusiaan keutamaan kita.
.
Bersatu untuk Palestin!


Tags:

About author
not provided
- Member of Parliament for Muar - Co-Founder MUDA -Law graduate at IIUM - Academic Fellow, Temple University, Dialogue Institute on the Art of Dialouging & Religious Pluralism -Master in Public Policy, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapore.
View all posts